Monday, August 9, 2010

TPM mahu 1Malaysia di fahami semua !


TPM Baru2 ini ada memberikan taklimat kepada semua 457 Ketua bahagian Umno seluruh negara berkenaan 1Malaysia. Menurut beliau jg langkah memberi penjelasan mengenai 1Malaysia mmg wajar di lakukan bg memastikan keseluruhan rakyat memahaminya.
Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu menjalankan program penerangan secara menyeluruh bagi memperjelaskan konsep 1Malaysia secara terperinci kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi mengelak berlakunya kekeliruan.
Itu langkah proaktif dari pihak Umno dan harapan agar penerangan dan penyampaian tentang konsep 1Malaysia meliputi semua peringkat masyarakat.
Tapi bagaimana pula dgn parti-parti kompenan BN yg lain? apakah cukup atau sekadar Umno sahaja yang perlu turun ke bawah bagi memberikan penjelasan tentang 1Malaysia ? Dimanakah usaha atau program mereka untuk turut serta bersama dalam memberikan penerangan tentang 1Malaysia ? Atau masih lagi tidak memahami atau keliru , apakah yang di maksudkan dengan 1Malaysia ?

No comments: