Monday, July 19, 2010

Apakah sebenarnya 1Malaysia?

1Malaysia " Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan" satu perkataan yang begitu popular dewasa ini.Dimana-mana akan kelihatan slogan ini diguna pakai.Begitu hebat aura dari Slogan ini.
Seperti yang di ketahui ramai Slogan 1Malaysia bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia amnya tanpa mengira fahaman agama,politik dan kaum.
Malangnya terdapat juga segelintir yang cuba memanipulasikan slogan yang begitu unik ini.
Ada yang mengaitkannya dengan APCO yang turut memberi slogan utk 1Israel,ada pula yang menuntut hak kesamarataan untuk seluruh rakyat Malaysia dan tidak ketinggalan juga yang mengatakan kerana Slogan ini menyebabkan hak keistimewaan sesuatu kaum mula terhakis dan terjejas.
Walau apapun persepsi dan natijahnya Slogan keramat ini tidak lain tidak bukan untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu dikalangan seluruh warganya tanpa mengira kau kerana berbumbung kan langit dan berlantaikan tanah yang sama.
Slogan yang di perkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Ds Najib ini juga mendapat sokongan dari semua parti komponen Bn terutama Pergerakan Pemuda Umno ini amat jelas misi dan visinya dalam membina sebuah negara bangsa serta tidak sama sekali membelakangkan hak sesuatu kaum kerana hak keseluruhan kaum di negara ini telah di jamin haknya seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Salam 1Malaysia.

No comments: